Beli Gemersik Kalbu Di sini Add to cart View cart

Wednesday, February 1, 2012

ep 14

Mula dengan Zaid kena marah denga boss merangkap bapa Sufian, marah sebab Sufian pergi Layangan tak bagi tau boss. Sufian pergi Layangan cari Ana. Nak bincang pasal perkahwinan.
Sufian ugut Ana, suruh buat keputusan sebelum perut tu membesar. Ana geram. Terus setuju. Tapi dia bagi syarat Sufian tak boleh sentuh dia. Sufian pujuk Ana, pasal dia dah jumpa Ustaz, dan suruh diorang kahwin segera.

Tengah diorang borak, tetiba Shikin dengan Zu nampak. ana baca apa yang ditulis Ustaz tentang keadaan diorang.

Lagi Sufian ugut, maksudnya malam tu tahap kesuburan awak tinggi, kemungkinan hamil tu tinggi...

Terus Ana takut... Sufian pujuk ana nikah... Then dia bagitau kengkawan dia, Zu n Shikin tentang dia nak nikah dengan Sufian.

Kat opis, Zaid pecah rahsia, Ana kawan Shikin yang jadi idaman Sufian. Lega ayah dia dengar.

Kawan-kawan Ana rasa lain macam, sebab tetiba sahaja Ana nak nikah, bercinta dengan Hisyam, nikah pulak dengan Sufian. Macam kena kawin paksa. Sufian pulak nak uruskan semua tentang pernikahan diorang. Jumpa keluarga Ana dll. Ana risau sebab mak dia masih belum sembuh.

Yang saya tahu, hujung minggu depan Awak akan jadi isteri saya..

Angin tak de, ribut tak de, cinta takde, tetiba nak kawin??
Saya dengan Ana nak nikah minggu depan ni....
Apa? - papa
What? - mama
Sufian, cakap, apa sebenarnya dah berlaku..
Pa, come on la, tak de apa2 yang berlaku.. I am being sincere.. esok ni saya nak pergi jumpa family dia..
Haaa? - mama

Siapa? - abah ana
Er.. A.. Sufian... - ana
Tapi mak masih dalam wad... abah rasa kalau dia datang minggu depan tak pe kot.. - abah
Apa kata esok abah kenal2 dulu.. nanti tak la janggal kan? - ana
Ana, ana nak bagi tau perkara lain dengan abah ke? - abah
Kalau ana malu nak bagitau dgn abah, ana dah terlanjur ke, bagi tau dengan abang....
Betul, ana dah rasa serasi - ana

Nasib baik saya dah contact cover line.... awak boleh tolong email pasal awak kat saya tak..
Email? email kat awak? saya dah ada kat depan ni, buat apa awak nak saya email pulak...

Masa lunch raihana dengan Sufian terserempak dengan abang Ana.. diorang pun perkenalkan diri.. Suka ayah dia bila tau.

Masa dating dengan Hisyam, Hisyam desak ana bagitahu perkara sebenar.
Saya tak akan cintakan Sufian. Dan Ana kata dia telah dinodai oleh Sufian. Hisyam terkejut.

Tuesday, January 31, 2012

ep 13

Mak Ana sakit, masuk hospital, tapi tetap keras hati juga, tak mau sentuh Ana langsung. Ana sedih sangat, nangis kat luar bilik wad. Masa keluar dari hospital pulak terserempak dengan Sufian sekeluarga.
Sufian cuba pujuk Ana pasal peristiwa tu. Sufian ajak Ana kawin.

Awak belum kenal saya, Ana...

Saya tak nak kenal awak...

Di takdirkan awak mengandung... awak nak buat apa dengan kandungan tu?, awak nak gugurkan? atau nak buang...? macam mana? awak dah fikir?... Sufian desak Ana, sambil pujuk.. Kita kena kahwin...

Kat rumah, Ana kemas2 beg, nak balik ke layangan membawa hati yang gundah gulana...

Sampai kat layangan, Ana jumpa Hisyam, Ana diam je, fikiran dia melayang. Hisyam cadangkan tunda hari nak jumpa keluarga Ana. Dia tolak cadangan tu, dan bagi tau, yang dia tak boleh kahwin dengan Hisyam. Hisyam confius dengan pengakuan Ana. Dia paksa Ana bagitau perkara sebenar. Ana terima Hisyam sebab dia sama dgn Abang Wan, bukan sebab dia tu Hisyam......

Sufian plak nak jumpa Ustaz Salim, abang pada Zaid.

Episod kali ni x banyak Sufian - Ana

ep 12

Mula dengan kat restoran, makan tengahari, Sufian tanya Ana, kenapa awak pakai nama Arini Eva?,
Ana jawab, 'kenapa tak boleh... akhirnya awak tau jugak kan? ni mesti shikin yg cakap', sambil pegang bunga lili yang Sufian bagi.

Awak tau tak, saya sampai sekarang masih lagi terkejut..

Nasib baik ada poster awak, mesti la cam, wajah yg sentiasa di hati... jawab Sufian.

Awak nak tau kenapa ada 5 kuntum lili tu? sebab I luv luv luv u, sambil dengan tangan2 dia.
Ana lari masuk ladies. Sufian kejar sambil pegang bunga dan panggil nama Ana, ketuk2 pintu ladies.

Ana jawab, saya tak suka kan awak...

Sufian pulak pujuk diri dia depan ladies.. tak pe tak pe..

KAt rumah Hisyam pula, ayah dia suruh bawa Ana balik untuk bincang. Ayah dia cakap, walaupun Hisyam anak angkat dia, tapi dia tetap sayang macam anak sendiri... (oooo anak angkat... patutla muka kokesen)

Kat rumah Sufian, dia panggil Ana, Arini Eva, pastu dia templak Sufian, lainkali baca belakang novel, ada biodata penulis...

Tetiba datang romantik Sufian, ungkit balik kenapa dia bagi bunga lili tu, yang bunga tu lambang kesucian, peh tu dia melutut kat Ana soh terima dia.

Ana pun balik ke Layangan, dalam kete, Ikin pujuk Ana, kata Sufian memang syok kat Ana, tapi Ana jawab dia masih cintakan Abang Wan, tersasul pulak, maksud nya Hisyam...

Kat Layangan ana g ziarah kubur wan, pastu Si Hisyam datang jemput dia.

Sufian pergi balik kat Karangkraf, mintak kat Puan tu banner/bunting Ana, sanggup bayar 5 kali.  pujuk sampai tak sampai hati Puan tu. Dalam pada tu Tasha call Sufian ajak jumpa.

 Tasha yang dah kena ugut dengan bf dia buat perangkap, apa lagi, kena tangkap polis la x bf dia. (bijak juga Tasha ikut cakap Sufian).


Malam tu si Ana gi rumah Hisyam, tengah2 dok bincang, tetiba je sufian call, ana x nak jawab, apalagi, terus dia hantar mms gambar dia sebelah bunting/banner ana.. Time ni muka Hisyam childish sangat.. errr nak kawin??? errrmmmm  mcam x matang utk ana

Kawan dia, Su tanya kat Ana soalan cepumas, kau betul2 suka ke kat si Hisyam tu? ataupun sebab dia macam abang wan?

Ikin plak minggu tu terpaksa pergi ipoh dulu, jadi Ana terpaksa pergi kolej sorang2.

Sufian datang jumpa Ana kat rumah dia malam tu, Ana bengang,, dia cakap awak buat apa kat sini? Sufian jawab, dah ni rumah saya.. Aduh! kena sebijik Ana.

Dia ajak Ana gi dinner. Siap cakap, kalau awak jual insurans, confirm awak paling kaya.
Kat sini Sufian cakap dia dah jatuh cinta dengan Ana.. Ana berkerut2... Sufian pulak siap main2 mata kat Ana.

Hisyam dah siap beli cincin, tunjuk kat mak dia. Mak dia confirm nak g merisik kat umah ana kat kl. Ana pulak pening dan ngantuk lepas dinner tu.. Apalagi Sufian bawak Ana balik rumah dia. Letakkan dia atas katil Sufian sendiri. Adolaaa.....
Esok pepagi Ana bangun, tengok2 ada Sufian kat sebelah dia cuma dengan singlet jer.. terus dia tolak Sufian.. nasib baik masih pakai sopan macam malam tadi... Menjerit dia kat Sufian, baling dengan bantal kat Sufian, tolak Sufian keluar sambil tumbuk2 belakang Sufian... Ana nangis, ingatkan dia telah dinoda...

Sufian kat belakang pintu rasa bersalah. Time ni la Tasha datang. sib baik Sufian x bagi dia masuk.





Wednesday, January 18, 2012

ep 11


Ep 10?11
Mula dengan si hisyam bagi tau ana, ayah dia cakap dia tak cukup tegas... Ayah Hisyam tak setuju dengan Ana pasal 3 tahun tunggu nak kawin. (Memang Hisyam ni tak tegas... )
Hisyam nak jumpa keluarga Ana pulak.

Novel baru Ana pulak keluar minggu depan, so Ana plan nak pegi sesi bertemu peminat. Baru je abih cakap pasal cover line dgn Sufian, tetiba je datang Si Pian ni... panjang umo...
Aduh.. muka Pian, tak bleh tahan...

Ayah Ana pulak nasihatkan mak dia pasal memaafkan Ana sebab diorang nak g Mekah, tapi still Mak dia tak nak lupakan pasal maruah dia.
Still mak dia tak dapat terima, ungkit2 dia tak boleh lupakan peristiwa tu tiap kali pandang muka ana.

Ikin ni comellah, dok pujuk2 ana soh terima sufian tu, kebetulan plak kak yus terdengar, apa lagi, bocor la kisah pian minat kat ana kat hisyam.
Pian nyorok kat pejabat, si Ana plak ngendap2 nak masuk opis.. hehehehe.. ingatkan tak de orang, tetiba je kena sapa ngan pian yang sengaja berdiri kat tepi pintu (nak kasi tak nampak)

'Awak ingat saya dah balik ye? -awak mesti excited sangat tengok saya datang, sampai kelam kabut, tak boleh nak buat apa kan?' pfuhhh confident je si Pian nih.. ngan muka tersengih dia..
'Malam ni saya jumpa awak ye?'
'Kenapa pulak?'
'Kat KL awak jadi tetamu saya, kat sini saya jadi tetamu awak lah ... betul macam tu?' tersengih2 tak tunggu jawapan... Pian Pian.. memang over confident.

'Saya dah ada boifren!'
'Hi Ana, kapalterbang pun orang boleh hijack, ini kan pula...'
'Saya takkan suka kan awak. Awak bukan taste saya.. ' huhuhuhu.... cakap besar!
'Tak pe la belum masanya lagi?'

Si Tasha call pulak ada prob kat KL, so pian tak jadi tido kat layangan...
Masa nak bayar, Ana nak bayar balik hutang 200, tapi Pian tak nak.
'Ana kena blanja beger..80kali belanja..1 minggu 1 biji... amacam? ade berani?'
'Haii.. gemok la dia makan beger...' Ikin wat lawak huhuhuhu.... muka ana plak masam mencuka.

Rupanya si Tasha dah kena blackmail ngan Rudy, n Rudy tu komplot mengikis pompuan dengan cara merakam aksi terlampau diorang n ugut.

Pian nasihatkan Tasha soh wat report polis masa jumpa Tasha.


Tengok ana sampai terlanggar kerusi.. Ana ingatkan dah selamat dah, sebab 2 hari Pian kata dia takde.

Masa sessi bertemu peminat, Ana sign novel2 dia, pastu termasuk la Pian. Siap 3 buah novel soh sign.
1 tuliskan kepada Ahmad, Satu Sufian, Satu Ahmad Sufian, tapi kena tulis I Love you kat bawah tu..











ep 10


Mula dengan mama Sufian turun tangga dalam rumah dia, bukak pintu tengok Sufian balik dengan Raihana.
Punya la lewat balik.. Pegi mana? ye la dah tak sudi dah makan kat rumah ni lagi..
Bukan auntie pegi dinner ke tadi?... kantoi!!
bukan mama kata pegi dinner dengan.... dengan BM Sekuriti ke tadi?..
Bila pulak?... Mabuk lagi ke? - heheheheheh
Masa nak naik ke bilik nah ni, Jelingan Maut Ana kat Sufian..

'Kamu nak tidur sini malam ni ke?'
'Papa rasa baik kamu balik ke apt kamu... papa tau, kak shikin kan tak de, kalo dia ada lainlah..'
'pa... sy tak de nak buat apa la dengan dia tu... '
'Balik lah...'
'ye... hmmm'

Papa dia borak ngan mama dia.. kita ni kalau nak berubah kena ikhlas... lillahita'ala..

Klaka time sarapan... kurangkan gula dalam senyuman, maniskan gula dalam senyuman...
Oooo Maniskan gula dalam senyuman ye?....
I know its cheezy, but that what i have now.. i know i'll do better next time... Sufian senyum kat mama dia..
Mama dah suspicious....

Kat fakulti, Ana soh Ikin rahsiakan Arini Eva tu siapa. Dia takut Sufian tau Arini, dia siap upah 3 novel.
Kat Karangkraf, Ana diskus dgn penerbit pasal cover novel tu. Peh tu penerbit tu cakap, nak set sessi bertemu peminat. Then, bagitau, ada peminat ana telefon tanya nombor telefon dan nama Ana. Sib baik tak bagi.
Ikin pulak memulas perut, peh tu Sufian antar dia balik rumah, rehat. Mama Sufian lak tanya Ikin samada Ana dah ada boifren ke tak.

Tasha lak tak sudah2 nak menempel ngan Sufian, nyaris tak dilanggar je Tasha tu.

Sufian bawak kete Ana balik rumah. Dah serah kunci, Ana lak nak terus nak pegi bank nak bayar balik duit Sufian, pastu kat bank, tetiba je Sufian dok ekor belakang Ana, terkejut Ana.

'Sekarang ni banyak kes, ppn ni banyak kena simbah asid....' ade je alasan nak ekor Ana.
'Duit tak cukup 200, nanti sy transfer...'Ana serah duit kat tangan dia pada Pian.
'Tak cukup 200 eh...? awak leh bayar balik 200, tapi tak nak awak bayar dgn duit....' muker slamba jer si Pian nih...
'Sufian cakap, ana kena belanja dia makan sampai cukup 200..'
'Hmmm rasa2 kan dia memang betul2 suka ngan Ana...'

~lagu latar obesesi - bila aku jatuh cinta, kan ku.....

Dah sampai Penang, Ana g rumah Hisyam. Jumpa mak ayah Hisyam... OMG!!!! apesal muka ayah n mak Hisyam tak mcm omputeh pon????

'Ni kan rumah saya, bukan nya zoo ke ape ke...' ek eleh...
Ayah Hisyam tak setuju dia lambat kan pernikahan sampai 3 tahun, dengan alasan dia tengah belajar.
Pastu ada gak ayah Hisyam sound Hisyam, belum nikah lagi dah ikut je cakap ppn, esok dah kawin camner?

SMS dari Sufian, selamat malam, tekejut ana. Terus dpt call dari Sufian... Ana tanya dapat dari mana no tepon ni, Shikin yg bagi.. dah cakap terus hang up.


'Ooo boleh tahan' jwb Sufian.
'Eiii tolong sikit, kalo bagi sejuta pun tak nak langsung....!' ngomel Ana.

Rudy lak ugut mintak 100K 3 hari, utk gambar2 Tasha tu. Sendiri mau ingat lah..

Mak dgn Ayah Ana nak pergi Mekah buat haji dan umrah...
Nazrul teringat kata2 ayah dia.. 'pada hakikatnya dia bukan anak pungut, bukan anak angkat..'
'Bang.. apa salahnya kita nikah kan dia pakai wali hakim?...' eiiyyyy teruknya mak...
bersambung...


Tuesday, January 17, 2012

Ep 9


Ep 9

Mula dengan kat parking kondo Tasha, masa tu Tasha nak jalan keluar dgn boyfren dia, dia diterpa oleh isteri boyfren dia. Memula Boifren dia berlagak la, konon isteri dia nak bagi surat cerai, rupa-rupanya surat bankrupsi dari Bank.

Ana pulak kena jumpa penerbit utk pilih cover baru novel. Hisyam hantar nasi kerabu kat Ana. Nasi kerabu = nasi goreng Wan selalu bagi masa diorang bercinta dulu.
Ana mula teringat kat Wan masa terima nasi kerabu dari Hisyam. ~ lagu Dato CT. Aku wanita aku kaum hawa, yang memang rapuh hatinya... aku wanita aku punya cinta selayaknya manusia....

Diorang jenjalan kat garden, pastu lalu kat tempayan besar, Ana teringat insiden dia berjalan ngan Wan Ariffin, Wan menyorok dalam tempayan, pastu aksi romantik I love you bisik dari Wan, pastu Ana cakap I hate you!.. pastu bisik balik I love you hehehehe (lagu latar Dato CT).. tetiba dia dikejutkan dari lamunan oleh Hisyam..
Kemudian insiden ambil gambar pun sama dengan Wan.


Ana bawak Hisyam jumpa Umi (mak Wan) instead of jumpa family Ana. Siap mak wan cakap kat Hisyam 'macam omputeh...' 'Tak lah.. melayu..' jawab Hisyam.. motip??

Mak Wan - Umi pun tegur ana, kenapa tak bawak Hisyam jumpa parents Ana kat KL.


Tengah syok2 Ana termenung kat depan bilik dia, si Hisyam datang ajak dating..
Hisyam tanya Ana masa dating, kenapa dia tumpang rumah Auntie Ikin, instead of dok umah family sendiri.



Tasha pulak baling beg keluar dari kondo dia.. pastu cakap dia nak kat bf dia sbb lagi kaya dari Sufian..
'Memang aku mattsteeterialistik' tegas Tasha
'Kalo Tssufian tu yg Tsingle pun aku boleh tinggalkan...' tegas Tasha.


Mak Ana pula dah boleh keluar wad. Penyakit dia dalam kawalan.


Ayah Sufian bagi projek bina rumah anak yatim Layangan pada Sufian. Ayah dia detect dia dah terpikat dengan pompuan di Layangan. Kawan dia Zaid jeling semacam je.. hehehehe

Si Zaid pulak plan pergi Layangan balik hari, Si Sufian pulak nak stay kat layangan, siap rancang diorang pergi lain2 kete. Diorang ternampak Nazrul masuk opis... 

Sufian bincang dengan Nazrul pasal Projek joinventure kat layangan untuk masuk dalam media.
Dah masuk newspaper, Si Tasha pulak mula pasang angan2, dia jejak Sufian.

Tengah diorang diskus pasal pejabat tanah, Si sufian lak layan SMS, sebab ada hal. Hal nak amek ana kat stesen bas. Siap soh jot down minit mesyuarat pastu jumpa esok instead of malam tu. Penangan Ana la tu...
Nak keluar opis, tetiba Tasha datang bawak bunga sejambak beso.. eh eh lelaki dapat bunga? ape kess... siap nak peluk Sufian lagi!!... ow my.. Anzalna bravo!



Ikin pulak terpaksa gerak dari Penang terus ke kelas. Dia suruh Sufian jemput Ana kat stesen bas nanti...
'Malam tu dia ting tong.. ting kelentong' lawak dialog Watie ni. Lalalalalaaa lalaaaa.. lagu latar Aqasha


Hisyam lak, nak bawak Ana jumpa mak ayah dia. Sib baik la bas dah sampai.. Tak larat nak tengok Hisyam jiwang karat kat Ana.. macam fake pulak..


Ana baru je nak naik teksi, Sufian sampai.. ni mesti rancangan Sufian-Ikin nak kenakan Ana.
Memula jual mahal la jugak si Ana tu. Tapi Sufian siap kenyit2 mata... angkat2 kening!.. gatei.. ewwww
Dalam kete, mula la ulat bulu naik daun. Bawak ana gi jenjalan.

'Sufian, boleh tak awak hantar saya dulu'
'x boleh, siapa yg drive kete?''
'saya ni solat asar pun belum lagi tau!'
'kalau saya cakap kita tak boleh balik?'
'kenapa plak?'
'sbb mama n papa sy ada dinner, tinggal kita berdua'
'tuti?'
'tuti tak de, tuti................... cuti................'
'kalau kita kena tangkap basah siapa nak bertanggung jawab nanti? awak?'
Padehal kat rumah mama n papa dia ada je kat rumah... heee....
'awak nak tengok wayang ke, awak nak TutiFruti'
tetiba peragut datang... ragut beg Ana.. time tu plak si Sufian tgh angkat hp. Apa lagi kejar mengejar la.. tapi tak jumpa.. penat je lari, pastu call hp tanya kat mana.. heheheheheh!
'yang beria2 lari tu ape sal?'
'takut kena blasah lah' jawab peragut sambil bagi beg n dapat upah dari sufian.
Dah serah balik beg ana kat ana,
'Eh.. ! darah..!? awak ok ke?' padehal dia sapu darah kat mulut dia ... heiii sufian ni...!
Dah dibawaknya Ana jenjalan shopping. Mama dia call tanya kat mana dah.. mula la curiga. Tak boleh blah punya anak hehehehe...
Siap auta lagi sekali dekat ana yang mama dia balik lambat malam ni. Boleh tengok wayang lagi.. tapi ana tak nak, dia nak gi beli stationary n buku.
Pandai pulak Sufian jawab betul ngan mama dia pasal dia gi shopping beli barang..

Tetiba Sufian beli novel untuk Ana. Tajuk Gemersik Kalbu. Pastu Ana refuse.. siap Sufian cakap ni dari saya, siap ada autograph.. ingatkan autograph penulis, tapi autograph Sufian.. cheh!.. hehe
Masa dinner siap Sufian ngaku jatuh cinta ngan penulis ni. Pastu cakap dia rasa, penulis tu pompuan gemuk... siap usik2 penulis novel ni gmeuk.. tetiba  kena baling ngan makanan pulak ngan Ana.. heheheheh 2 kali pulak tu.. pastu Ana bagi tisu hehehehe cute nyer....

Sufian lak cakap ngan ana, dia nak call publisher tanya siapa Arini Eva... dia ngaku kat Ana dia dah jatuh cinta ngan penulis tu. Walaupun penulis tu gemuk, dia tetap nak tackle Arini Eva tu.
Siap ugut2 sambil senyum2, saya nak call publisher tu, nak tanya siapa Arini Eva.

Tasha pulak kena ugut dengan Rudy (bf dia). Pasal gambar2 aksi diorang yang terlampau.






ep 8


ep 8
Raihana risau kete dia rosak. (suka tengok watie Elite blakon klaka natural). Sufian sepupu Ikin datang jemput diorang dari kolej. lagu tema.. la la la la lalala
Raihana teringat keadaan Sufian yang mabuk dan cuba nak rape masa malam sebelum tu. Ikin perkenalkan Raihana dengan Sufian.

Sufian ngomel pasal kete yang disangka Ikin punya. Sufian kata dia nanti bayarkan dulu. Diorang pun pergi tengok keta yang kena overhaul. Kete pulak tak boleh siap dalam sehari.

(Suara Aqasha memang sedap masa dia cakap kat ana dalam kete)

Sufian mula cungkil citer pasal Ana kat Ikin... Siap cakap, 'Itu aku dah tau la, mestilah dia dah ada boipren'.. Ikin lak cakap.. 'eeiiihhh... dia mana ada boipren..'

Mak Raihana pulak betul2 batuk sampai keluar darah, admitted ke hospital.

Klaka bab diorang dah nak balik, siap ayah sufian pesan hati2 naik bas, banyak peragut.. Pastu mak sufian lak tanya, eh mana sufian... sayup2 dia nyahut kat luar, dah lama tunggu ni.. heheheheh klaka...
lagu ~ ingin ku gigit gigit cuping telinga mu.... lalalalalala...

Ayah Raihana g jumpa doktor tanya apa sakit isteri dia, pastu terus blurr.. tak tau (atau tak moh tunjuk, nak kasi penonton suspen).

'Kalo tak, tak de la mata terjuey je...' heheheh dialog Ikin... Pastu Ikin pesan soh baca buku yg dia tinggal dalam bilik tu (novel gemersik kalbu).

'Sufian, sufian dah takutkan ana dan shikin.. mama nak sufian minta maaf dengan dia..' Sufian dah angau, asyik teringat ngan Ana jer..

Sampai bus station, Ana lak tak sangka Hisyam tunggu kat bus station.. siap cakap ngan Ikin, 'Ish.. lemas lah dengan dia...'

Sufian dah janji dengan ayahnya, dia takkan minum lagi, tapi dia ada permintaan... (? kasi penonton tertanya2)...

Sufian cakap ngan Zaid, dia nak handle projek kat Layangan... Zaid dah suspek, 'I can smell something fishy..'

Kat Layangan, Raihana tak dapat lupakan Wan, dia anggap Hisyam tu macam Wan.. sebab semua bende Wan buat, Hisyam buat.

Di hospital, doktor bagitau mak ana sakit jangkitan di hati.

sambung...